Tuesday, February 9, 2010

Today,tomorrow,and days ahead

Cerita ini bermula sewaktu saya di sekolah lagi.MASA.Perkara yang sering dibangkitkan oleh

1.Mak cik kantin (masa diluar waktu rehat x boleh makan)
2.Ibu bapa (jangan membazir masa,jangan melepak x tentu hala)
3.Cikgu,lecturer,sifu(Please UTILIZE your time,because you don't have many to spent uselessly)
4.Bos di tempat kerja(tolong jangan datang lewat,tolong jangan balik on-time,setel keje bru balik)
5.Ahli Politik (biarlah masa menentu segala(masa pilihanraya)
6.Budak sekolah (Bila la nak balik ni?)


Masa adalah benda yang abstrak,tetapi mempunyai fungsi yang konkrit,begitu penting sehingga digunakan dalam apa jua bidang pada setiap masa(tengok?).Masa adalah perkara yang tidak boleh ditebus dan dihentikan.

Tanyalah pada diri,adakah selama kita hidup,masa itu digunakan dengan sebaiknya?adakah kita meneruskan hidup dengan cara bermakna atau penuh noda?Dan adakah masa itu hanya terletak pada jam tangan,berlalu tanpa dihiraukan,menghadapi setiap pagi dengan kosong,ataupun kita melakukan perkara yang sama,berulang-ulang kali tanpa bosan?kerana kita merasakan itulah kelangsungan hidup.

Renungkanlah,kerana masa itu be-erti dari segala.Gunakanlah sebaiknya.Semoga kalian beroleh keberkatan.