Thursday, May 27, 2010

Buang bayi - suara orang kecil yang besar.

Tentunya umum sudah maklum,bahawa baru sahaja kita mendengar akan satu lagi kes pembuangan bayi berdekatan landasan KTMB,yang kini sudah tidak terhitung sama jari,dewasa ini.

Tentunya umum maklum juga,bahawa senario seperti ini berpunca dari sebilangan akal manusia yang sudah seperti monyet,hinggakan kita juga heran dan tertanya2,masihkah ada akal dalam diri manusia itu,ataupun hanya ada sekilo udang dalam otaknya?

Dan tentunya umum amat sedar,bahawa terjadinya perkara seperti ini adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap agama,kurangnya pendidikan tentang teknologi pembuatan manusia(bahasa halusnya),dan yang paling penting,PUDARNYA RASA KEMANUSIAAN DALAM DIRI.

Mungkin ada yang masih ingat,dan barangkali ramai yang lupa,oleh kerana kesibukkan duniawi ataupun terlepas pandang,ataupun sudah jelak,kerana inilah hidangan yang terpapar di dada akhbar hampir saban hari,perkara ini saya ulas sudah berberapa bulan yang lalu.Tapi melihatkan keadaan yang masih belum reda malah makin rancak,ingin saya berkongsi pendapat dan cara mengatasinya.

Pendapat :

1.Terjadinya perkara kerana kurang didikan tentang kehidupan

-Sungguh x bohong.Bahkan anda sendiri tahu bahawa sistem pendidikan di negara kita hanya menitikberatkan akademik secara penuh tanpa apa2 makluman tentang 'the real world'.Mengakibatkan para pelajar belajar hanya untuk keputusan cemerlang dalam perperiksaan,tetapi fail di alam sebenar.dapat A berbelas,carik keje pun x reti.Pointer 4 flat,tulis resume pun x reti.Anda nampak tak?Makanya tidak mustahil seorang pelajar yang mengambil subjek tamadun islam boleh lulus dengan cemerlang dan hamil anak luar nikah 2 bulan kemudian.Jadi penerapan Pembelajaran dalam kehidupan seharian amat penting jika dikaji dari segala macam haramjadah aspek pun.

2.Terjadinya perkara kerana sifat ignorance (tidak peduli) dan kurangnya sifat common sense (kepekaan terhadap alam sekelilling)

- Kedua2 sifat ini adalah sifat yang sangat jahat dan bisa memusnahkan umat manusia jika tidak dibendung.Dan biasanya sifat ini didatangkan secara standard dalam setiap orang,cuma sifat ini boleh dikawal atau dihapuskan bergantung kepada tahap interlektual seseorang individu.Jika anda tidak peduli akan sesuatu perkara,maka anda tidak akan tahu apa sebenarnya perkara itu,cara mengelakkannya,bila perkara itu akan terjadi dan tanda tandanya.Dan bila sudah terkena maka terngadahla anda menadah langit dengan sesalan tak berpenghujung.Common sense berkait rapat dengan ignorance,kerana bila tiada common sense maka timbul lah ignorance.

3.Didikan agama yang nampak kuat tapi lemah.

Kat skola blaja agama,kat rumah mak ajar agama,bapak ajar mengaji,pak cik ajar agama lagi,tapi bila besar merosakkan anak dara orang.Kenapa?sebab,IMAN,is about consistency(pinjam trademark digi jap).YES.Consistency a.k.a istiqamah.Haah,ramai tau sebut,pernah dengar,dan biasa sebut gak,tapi ramai yang x paham maksud istiqamah ni.

Mendidik anak dengan asas agama dan pengamalan yang mantap bukanlah semasa kecil sahaja,bahkan mestilah terus mendidik anak tersebut selagi hayat masih ada,dan anak tersebut setelah di-didik haruslah sentiasa diberi constant reminder dari masa ke masa,bukannya bila nasik dah siap menjadi bubur lambuk udang.

Seperti kita menanam pokok,sudah ditanam benih harus disiram,sudah tumbuh perlu disiram,sudah agak besar perlu dibaja,sudah mahu berbuah perlu dijaga agar ulat tiada mendekat,sudah dewasa pun perlu dipantau dari jauh.Begitulah juga manusia,perlu diasuh dengan teliti.Kerana ketelitian asuhan itu menghasilkan anak yang waras,soleh dan mengingati jasa orang tuanya.

Langkah penyelesaian

1.Ubah sistem pendidikan kepada sesuatu yang lebih interaktif.

-Sistem pendidikan di Malaysia menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara amat amat amat amat amat PASIF.Kebanyakkan guru juga lebih senang dengan Method 'one way communication'.Ini mengakibatkan malapetaka dalam jangkamasa panjang kerana para pelajar akan membesar menjadi seorang yang pasif,justeru menjadi seorang ignorant dan hampir tiada common sense.Hari ini baca paper,kes buang bayi.Besok dia pulak buang bayi.Jadi sistem pelajaran perlulah dirombak secara keseluruhan agak kehidupan generasi muda kelak akan lebih teratur,terjamin dan terpimpin dari dalaman.

2.Menerapkan nilai keislaman dalam hati anak2.

-Sesiapa yang punya anak pasti menyedari bahawa mereka sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk keperibadian anak mereka.Bahkan dalam memilih pasangan,kita sendiri akan meneliti keluarga bakal pasangan untuk meramalkan sikap sebenar si anu dan si polan itu.Dan itu beerti keluarga memainkan peranan yang besar dalam membentuk anak yang beriman dari dalaman.

-Masih kurang jelas?Baiklah,majoriti pelajar perempuan beragama islam memakai tudung,tetapi majoriti kes buang bayi dijuarai oleh mereka ini.Adakah ini dipanggil keimanan?adakah keimanan terletak pada berapa labuhnya tudung,berapa besar jubah,berapa longgar seluar?BUKAN.keimanan terletak dalam hati.Disemai dan dibaja oleh ibu dan bapa.Saya tahu,anda tahu,Kebanyakkan ibubapa bila tiba bab mendidik anak,amatlah menitikberatkan soal tudung dan solat.Tetapi,berapa banyakkah ibubapa memanggil anak mereka untuk diberi sebab dan penjelasan,mengapakah mereka disuruh memakai tudung?tahukah mereka akan kepentingan solat lima waktu?jika tidak,tudung hanya sekadar fesyen,solat hanya sekadar amalan harian,dan yang lebih teruk lagi,pakai tudung pasal mak suruh,solat pasal abah rotan kalau tak buat.Nauzubillah.

3.Para Jantan tak guna

Rasanya ramai akan menyetujuinya jika saya katakan bahawa majoriti wanita melayu terakhir di malaysia ini sudah tidak perawan lagi.Salah sapa?

Para jantan tak guna,lah.

Jangan ingat anak jantan tak perlu didikan serupa anak gadis.Bahkan anak jantan lah yang perlu dilengkapkan dengan segala macam supplemen Ilmu duniawi dan akhirat,kerana jantan itu adalah pemimpin,dan pelindung bagi kaum hawa dan dunia ini,serta zuriat nanti.

Dan tolong,tolong,dan tolong.Elakkan gejala playboyism.itulah perosak sejati.

renungkanlah.

conclusion :Back to basics.Al Quran dan sunnah

-

1 comment:

papot said...

yelah. walaupun kat emerika tu byk budak underage having sex, tapi depa kan ada kempen mcm2 kan, then yelah sbb depa bukan negara islam mcm kita. aku rasa negara kita takut nak mendedahkan perkar sbnr tapi lama kelamaan semua pun pasti melaluinya jugak. tanggungjawab ibubapa lah jugak kan nak kena terangkan pulak benda ni kat anak2.

ada tu dah tau, tapi lagi nak buat. sebabkn nafsu, godaan syaitan semua tu lah kan. kan ada baru2 ni video ustazah berzina dengan kekasih. mcm mana org nak buat org yang kon2 alim ni sebagai role model kalau macam tu?

aku rasa untuk mengelakkan drpd kes2 buang bayi ni meningkat, aku rasa kerajaan malaysia kena setup satu organization, macam adoption agency lah, tapi ni kalau depa nak anonymous pun takpe kot, dah nama pun anak luar nikah kan. tapi yelah. kerajaan kedekut.

entahlah. aku pun tatau. nyirap jugak baca benda2 mcm ni.