Thursday, May 27, 2010

Kesesakan Lalulintas dimana saja

Kesesakkan lalu lintas atau nama timang-timangannya,TRAFFIC JAM.

Sering dikaitkan dengan keadaan jalan yang sempit,berlubang,berkawah gunung berapi dan berkolam.

Namun begitu,adakah anda semua sedar bahawa punca utama jalan jem bukanlah kerana jalan ataupun JKR yang x reti nak buat jalan time 3 pagi?

Dan punca utama kesesakkan lalulintas adalah : ATTITUDE.

Sering kita perhatikan kereta yang dipandu secara terhegeh-hegeh dan tak semena-mena membrek semahunya walaupun tiada haramjadah apa pun halangan kat depan?

Itulah punca jalan jem.

Sering juga kita saksikan betapa pondan(ataupun macam pondan) yang duduk paling depan dalam barisan nak keluar simpang,menunggu sampai setengah jam untuk dia menggerakkan ketanya,sampai barisannya jadi sepanjang 2 km setengah.

Itulah punca traffic jem

Biasa tak anda melihat di mana-mana lebuhraya pun.Terdapat sibodoh sibodoh memandu dengan kelajuan 110 KM/H duduk di lane paling kanan sekali.Dey,manelah anda dapat lesen ni?silap silap beli la kot.Lane kiri jika anda seperlahan lori,lane tengah bila anda memandu dengan kelajuan lebuhraya dan lane kanan untuk memotong,MEMOTONG,Over Take.Paham.

Jadi bila sibodoh tersebut tak paham(ataupun buat2 tak paham),maka kereta2 laju yang melanggar hadlaju(macam aku)terpaksa terbrek-brek blakang si bodoh ni,HABISLAH BRAKE PAD AKU!.dan mungkin akan melibatkan kemalangan.

so dudukla lane tengah.kosong ape.

Itu pun punca jam gak,kerana keta laju tadi akan potong secara zig-zag style biadap dan akan mengakibatkan semua orang ter brek brek sampai terberak.

Jadi dalam mengatasi masalah ini,bukan jalan menjadi tumpuan,bukan lubang menjadi black sheep,tetapi kuncinya ada pada diri kita sendiri.

harap maklum

No comments: